Bekas Jurulatih Belanda B-17, Peter Huistra menganggap jurang antara bola sepak di Asia dan Eropah masih besar.
Beliau kini menjadi pengendali Borneo Samarinda optimis anak buahnya bakal memberikan yang terbaik berdepan wakil Malaysia, KL City.
Jurulatih berusia 57 tahun menganggap bahawa misi bola sepak Asia untuk berada pada tahap yang sama dengan Eropah masih sukar.
Huistra bagaimanapun memuji usaha negara seperti Jepun dan Korea yang memiliki akademi bola sepak yang amat baik di Asia.
“Agak sukar sebenarnya untuk Asia mengejar tahap di Eropah. Jika kita negara seperti Jepun dan Korea, mereka menyediakan akademi yang berada pada tahap yang baik.
“Indonesia juga kini memiliki liga bawah umur (B-20, B-17 dan B-15) yang bakal diwujudkan. Akan tetapi, masih ada jurang yang besar antaranya (Asia dan Eropah).
Beliau juga mengingatkan agar tidak terlalu fokus untuk memandang ke Eropah tetapi berusaha untuk memperbaiki setiap elemen dalam kelab.
“Jangan terlalu memandang ke Eropah, lihat juga apa yang boleh kita fokuskan di sini. Itu apa yang kami buat di Borneo, bagaimana kita boleh menambah baik pemain dan juga kelab,” tambahnya.
Aksi antara KL City dan Borneo dijadualkan berlangsung pada 25 September jam 9 malam di Stadium Cheras.