Jurulatih Cerita Sisi Baik Gabriel Nistelrooy ‘Nilai Kemanusiaan Atasi Segalanya’
MakanBola
Johor Southern Tigers

Tular sebuah video menyentuh hati yang memaparkan tindakan murni penyerang Johor Darul Ta’zim II (JDT II), Gabriel Nistelrooy terhadap bekas jurulatihnya.

Tular di aplikasi TikTok sebuah video menyentuh hati dimuat naik oleh jurulatih dikenali sebagai Hakimi Najmi, yang memaparkan detik beliau disambut mesra oleh Gabriel Nistelrooy.

Ad

Dalam video berkenaan, coach Hakimi sempat menceritakan bagaimana Gabriel sanggup mengeluarkan wang sendiri bagi membeli tiket penerbangan, tempat penginapan dan tiket perlawanan semata-mata untuk membawa bekas jurulatihnya itu menyaksikan aksi terakhirnya dalam kempen Piala MFL menentang Penang II.

Ad

Dikatakan, pemain berusia 25 tahun itu ingin mengabadikan kejayaan membantu JDT II muncul juara Piala MFL bersama individu yang telah banyak mencorak perjalanan awal karier beliau.

Atas dasar kasih sayang dan nilai kemanusiaan, coach Hakimi bersetuju untuk hadir ke Johor, menyambut baik niat anak didiknya yang tidak pernah melupakan jasa dan pengorbanan di fasa awal pembentukan dirinya sebagai pemain profesional.

Ad

“Saya datang ke bumi Johor kerana rasa nilai kemanusiaan itu amat tinggi mengatasi segala-galanya. Jadilah manusia yang memuliakan manusia,” tulisnya di TikTok.

Ad

Menambah nostalgia, beliau turut dibawa ke Padang Latihan Taman Mawar, lokasi yang menyaksikan detik permulaan Gabriel membina nama sekitar lapan tahun lalu, sebelum menyarung jersi Harimau Selatan.

Ad

Musim ini, Gabriel Nistelrooy mempamerkan prestasi cemerlang bersama JDT II, membantu pasukan menjulang Piala MFL serta muncul penjaring terbanyak kejohanan dengan 24 gol.

Berdasarkan prestasi memukau, nama Gabriel kini tersenarai sebagai salah seorang daripada 3 calon akhir bagi anugerah Pemain Terbaik Piala MFL 2024, bersama Haykal Danish dan Harry Danish.

Klik pautan untuk saksikan video: Tiktok Coach Hakimi Najmi.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments