Jurulatih EPL Bakal Sertai Barisan Kejurulatihan Harimau Malaya?
MakanBola
Malaysia NT
Sponsors

Barisan kejurulatihan Harimau Malaya bakal diperkuatkan dengan kehadiran seorang jurulatih kelab Liga Perdana Inggeris (EPL).

Sebelum ini, barisan kejurulatihan skuad kebangsaan kehilangan khidmat penolong jurulatih dari Australia, Mark Milligan.

Ad
Sponsors

Milligan hanya bersama Harimau Malaya sebelum meninggalkan pasukan itu pada 10 April lalu. Bekas penolong jurulatih Brisbane Roar itu dilaporkan bakal menyertai Newcastle Jets.

Ad

Susulan itu, ramai penyokong ingin tahu siapa jurulatih yang akan dibawa masuk untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan legenda Australia itu.

Kini, pengendali Harimau Malaya, Peter Cklamovski mendedahkan terdapat ramai jurulatih berkualiti yang berminat menyertai projek tersebut.

Ad

“Ramai jurulatih berkualiti tinggi yang mahu menyertai projek ini,” katanya semasa menjadi tetamu program Bola Itu Life baru-baru ini.

Ad

Ini membawa kepada pendedahan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam bahawa salah seorang calon pengganti Milligan merupakan jurulatih sebuah kelab EPL.

Ad

“Ramai jurulatih berkualiti tinggi yang mahu menyertai projek ini,” Peter Cklamovski tentang pengganti Mark Milligan sebagai penolong jurulatih Harimau Malaya, difahamkan calon kini bertugas bersama sebuah kelab Liga Perdana Inggeris!” katanya di X.

Ramai penyokong percaya calon tersebut ialah penolong jurulatih Tottenham Hotspur, Mile Jedinak. Jedinak ketika ini merupakan salah seorang penolong mentor Cklamovski, Ange Postecoglou.

Selain legenda Crystal Palace itu, Postecoglou turut dibantu Ryan Mason, Sergio Raimundo dan bekas jurulatih Central Coast Mariners, Nick Montgomery.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments