Jurulatih Filipina Akui Indonesia Lawan Yang Kuat
MakanBola
Philippine FF

Ketua jurulatih Filipina, Tom Saintfiet mengakui Indonesia merupakan lawan yang kuat setelah pasukannya tewas 2-0 di Stadium Gelora Bung Karno.

Jaringan Thom Haye dan Rizky Ridho menyaksikan Indonesia meraih tiga mata penting ke atas Filipina dan berjaya menduduki tangga kedua kumpulan F untuk ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026.

Ad

Tom Saintfiet mengucapkan tahniah buat pasukan Indonesia yang berjaya mara ke peringkat seterusnya selain turut mengakui terkejut dengan suasana luar biasa penyokong di Stadium Gelora Bung Karno.

Ad

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Indonesia, PSSI, dan juga rakyat Indonesia kerana telah layak ke Piala Asia 2027 dan pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026.

“Suasana juga luar biasa di stadium ini, sepanjang 27 tahun saya jadi jurulatih, saya tidak pernah merasai suasana seperti ini, terima kasih atas suasana yang mereka berikan, kain rentang dan bendera di stadium.

Ad

“Tetapi saya adalah jurulatih Filipina, saya bangga dengan pasukan saya, pada awal perlawanan Indonesia benar-benar mengawal perlawanan dan tidak memberi peluang kepada kami untuk mengembangkan permainan kami.

Ad

“Kemudian kami lakukan beberapa kesilapan kecil yang mampu untuk dieksploitasi oleh Indonesia, terdapat sedikit ruang di bahagian sayap dan juga di bahagian tengah yang mereka berjaya manfaatkan dan kami gagal mengekalkan kedudukan 0-0 pada separuh masa pertama.

Ad

“Separuh masa kedua kami mula mengawal perlawanan dalam beberapa bahagian, melakukan beberapa kombinasi, dan hantaran kami bertambah baik, tetapi berlaku situasi sepakan percuma yang mengakibatkan jaringan Rizky Ridho.

“Pada asasnya, saya berpuas hati dengan pasukan saya, walaupun kita menang, kita harus mengakui Indonesia kuat, dan kini kita akan membuat persiapan untuk Piala Asia.” ujar Tom Saintfiet.

Filipina menamatkan saingan kumpulan F di tangga terakhir dengan mengumpul satu mata hasil satu keputusan seri dan 5 kekalahan.