Jurulatih Import Dalam Radar Selangor
MakanBola
Johor Southern Tigers
Sponsors

Selangor FC bakal memilih seorang pengendali import sebagai pengganti jurulatih sebelumnya, Nidzam Jamil.

Ramai peminat bola sepak negara terkejut apabila jurulatih berusia 44 tahun itu mengambil keputusan untuk mengundur diri sebagai jurulatih Selangor.

Ad

Keputusan itu diumumkan pengurusan Merah Kuning menerusi satu kenyataan di platform media sosial rasmi mereka.

Ad

Pengumuman ini menyaksikan Selangor perlu mencari jurulatih baru yang keenam dalam tempoh lima tahun. Sebelum ini, Merah Kuning pernah melantik B. Sathianathan, Karsten Neitzel, Michael Feichtenbeiner dan Tan Cheng Hoe untuk kerusi panas berkenaan.

Kini, wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam mendedahkan pengurusan Selangor bakal memilih pengendali import sebagai calon jurulatih yang seterusnya.

Ad

“Nidzam Jamil sah ucap selamat tinggal, diumumkan letak jawatan sebagai jurulatih Selangor. Difahamkan, The Red Giants akan mendapatkan jurulatih import,” katanya di X.

Ad

Ramai penyokong Selangor mengharapkan jurulatih import yang dipilih mampu mengulangi impak dua jurulatih import berwibawa, Ken Worden dan Mehmet Durakovic.

Ad

Worden cukup dikenali kerana membantu Selangor muncul juara Piala Malaysia pada 1995, 1996 dan 2002. Manakala Durakovic pula membantu Merah Kuning muncul juara kejohanan sama pada 2015.

Susulan itu, Selangor melantik Abdi Hassan sebagai pengendali interim. Tugas pertama beliau ialah aksi liga menentang Kedah Darul Aman FC (KDA FC) pada 2 November ini.