Jurulatih India menyatakan kekesalan terhadap jadual Liga India yang berterabur sekaligus merencatkan persiapan pasukan menghadapi Malaysia.
Skuad kendalian Pau Marti baru sahaja selesai menghadapi tentangan pasukan ke-95 dunia, New Zealand dan tewas dengan keputusan 4-0.
India pula berjaya meraih keputusan seri menentang pasukan ke-116 dunia, Vietnam dalam satu aksi persahabatan Tier 1 FIFA bulan Oktober.
Pengendali skuad kebangsaan India, Manolo Marquez tampil mengkririk jadual liga yang disifatkan tidak sistematik dan tidak berpihak kepada persiapan skuad kebangsaan.
“Saya bersetuju dengan Pedro Benali. Rehat adalah sangat lama kerana jadual liga adalah sangat berterabur. Inilah realitinya. Mereka tidak mengambil berat tentang pasukan kebangsaan,” kata Marquez kepada Sportstar.
“Pasukan kebangsaan selesai bermain pada hari Sabtu, kemudian ISL tidak bermula enam atau tujuh hari kemudian.
“Akan tetapi, mereka menghentikan ISL pada 5 Oktober dan pasukan kebangsaan perlu bermain dalam dua tiga hari selepas itu.
Beliau juga lega selepas Lubnan menarik diri daripada aksi tiga penjuru yang memberikan rehat lebih baik kepada para pemainnya.
“Lubnan menarik diri pada akhirnya dari kejohanan tiga negara. Jika Lubnan bermain, maka kami terpaksa bermain dengan mereka tiga hari selepas perlawanan ISL terakhir (sebelum rehat antarabangsa) yang tidak normal,” tambahnya.
Aksi ISL akan diteruskan sehingga 10 November mengikut jadual asal dengan aksi bertemu Malaysia dijadualkan pada 19 November 2024 sambil saingan Liga Super turut berhenti pada tarikh sama.
Harimau Malaya telah menewaskan India dengan keputusan 4-2 pada aksi separuh akhir Pestabola Merdeka 2023.