Jurulatih Dari Jepun Dedah Ada Pemain Tolak Untuk Wakili Negara
Asia Tenggara
Advertisements

Dipanggil ke skuad kebangsaan pasti menjadi satu penghormatan. Berjuang menggunakan jersi skuad kebangsaan ibarat turun di medan perang dan berkorban demi negara tercinta.

Namun bagi pengarah teknikal pasukan kebangsaan Thailand, Masatada Ishii, beliau merasa pelik dengan segelintir pemain Thailand yang memilih untuk menolak panggilan ke skuad kebangsaan dan lebih rela rehat di rumah.

Bagi Ishii, situasi tersebut jelas sekali berbeza dengan apa yang dilihat beliau di negaranya iaitu Jepun. Di Jepun, dipanggil ke skuad kebangsaan adalah satu penghormatan terbesar. Walaupun sakit, pemain tersebut tetap mahu ikut serta.

Advertisements

Persoalan telah ditanyakan oleh wartawan Thailand, Ta Lao kepada Ishii mengenai perbezaan di antara bola sepak di Thailand dan bola sepak di Jepun.

“Apakah perbezaan pasukan kebangsaan Thailand dan pasukan kebangsaan Jepun?,” tanya Ta Lao.

“Di Thailand, beberapa pemain Thailand yang dipanggil ke skuad kebangsaan menolak panggilan tersebut dan memilih untuk berehat. Di Jepun, mewakili skuad kebangsaan adalah penghormatan terbesar. Jika anda cedera, anda tetap mahu ikut serta,” tegas Ishii.

Advertisements

Ishii merupakan pengarah skuad kebangsaan Thailand yang baru dilantik sekitar Ogos lalu. Sebelum dilantik ke jawatan tersebut, Ishii merupakan ketua jurulatih pasukan Buriram United dari 2021 sehingga Ogos 2023.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram