Jurulatih Iraq, Jesus Casas mendedahkan terpaksa mencipta satu pelan khas bagi menyekat pergerakan bintang Korea Selatan, Lee Kang-in.
Pada aksi Kelayakan Piala Dunia di antara Iraq dan Korea Selatan pada Selasa, Jesus Casas telah meletakkan dua pertahanan kiri khas bagi mengawal ketat Kang-in.
Biarpun dapat mengawal ketat Kang-in, Casas percaya pelan khas itu mempunyai keburukan kerana ianya membawa kepada kurangnya serangan buat pasukan Iraq.
“Kami menyediakan dua bek kiri. Ia adalah untuk menyekat Lee Kang-in, pemain yang bagus. Lee Kang-in ialah pemain paling berbahaya dan pemain yang mengawal permainan dengan baik.
“Kami cuba menyekat Lee Kang-in dengan bahagian belakang kiri yang kami sediakan. Saya fikir kita boleh menahannya. Bagaimanapun, taktik kami tidak mencipta lebih banyak peluang di bahagian serangan (buat Iraq),” jelas Jesus Casas seperti dikongsikan KNT Football.
Perlawanan di antara Iraq dan Korea Selatan itu berakhir dengan kemenangan 3-2 buat Korea Selatan sekali gus menamatkan rekod tanpa kalah Iraq dalam kempen Kelayakan Piala Dunia ini.