Jurulatih Jepun Risau Berdepan Vietnam
Asia
@japanfootballassociation
Advertisements

Selepas Undian Piala Asia 2023 di Doha, Qatar berakhir semalam, semua jurulatih pasukan yang bertanding memberi reaksi berbeza-beza. Bagi jurulatih Jepun, Hajime Moriyasu, beliau risau kerana pasukannya perlu berdepan dengan Vietnam dalam Kumpulan D.

Bagi ramai penganalisis dan wartawan bola sepak Asia, Kumpulan D dianggap Kumpulan Maut untuk edisi Piala Asia kali ini. Selain Samurai Biru dan Naga Emas, ia turut mengandungi Indonesia dan Iraq.

Tetapi Jepun dilihat gentar berdepan Vietnam kerana pasukan itu dibimbing jurulatih legenda yang pernah membawa mereka ke pusingan 16 pasukan terbaik Piala Dunia 2002, Philippe Troussier. Dengan reputasinya masih diingati ramai penyokong Samurai Biru, jurulatih Perancis itu sudah pasti ada ramuan tersendiri untuk memerangkap pasukan lamanya itu.

Advertisements

“Saya fikir Jepun berada dalam kumpulan yang sukar. Troussier ketika ini melatih Vietnam dan beliau amat mengetahui tentang Jepun. Justeru, saya harus bersedia untuk mengatasi Troussier dan pasukan-pasukan lain dalam Piala Asia,” katanya kepada Zing News.

Troussier membimbing Jepun selama empat tahun dari 1998 hingga 2002. Selain mara ke pusingan 16 pasukan terbaik Piala Dunia 2002, bekas jurulatih Afrika Selatan itu turut membantu Negara Matahari Terbit itu muncul juara Piala Asia pada tahun 2000.

Kedua-dua pasukan ini bakal bersemuka dalam perlawanan pertama Kumpulan D pada 14 Januari 2024. Dan Moriyasu berharap dapat melakar kemenangan ke atas pelopor kecemerlangan bola sepak Jepun itu.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram