Jurulatih Nepal Terpaksa Kumpul Info Pemain Malaysia Dari Ejen Rahsia
MakanBola
Malaysia NT
Sponsors

Jurulatih Nepal, Matt Rose akui memperoleh info mengenai pemain Harimau Malaya menerusi ejen rahsia sebelum aksi Kelayakan Piala Asia berdepan Malaysia.

Kedua-dua pasukan bertemu dalam aksi pertama kumpulan F dengan Malaysia dijadualkan melayani kunjungan pasukan Nepal terlebih dahulu di Stadium Sultan Ibrahim pada Selasa.

Ad

Pertemuan yang berlangsung pada Selasa itu bagaimanapun berakhir dengan kemenangan 2-0 memihak pasukan negara dengan dua jaringan daripada Hector Hevel dan Corbin Ong.

Ad

Secara keseluruhan, Matt Rose melihat kualiti yang dimiliki oleh pemain negara sangat ketara berbanding anak-anak buahnya dari pelbagai aspek khusus kemampuan individu.

”Pertamanya saya ingin ucapkan tahniah buat Malaysia atas kejayaan ini, sudah tentu mereka lebih baik, berkualiti tinggi dan turut kemampuan individu yang cemerlang,” kata Matt Rose ketika sidang media selepas perlawanan.

Ad

Selain itu, beliau juga mengakui ketiadaan aksi persahabatan membabitkan skuad negara memberi kesukaran buat Nepal untuk menganalisa kekuatan dan kelebihan pemain-pemain Malaysia.

Ad

Oleh itu, beliau terpaksa mengharapkan kepada bantuan ejen rahsia yang pernah bekerja di Malaysia untuk mengumpulkan maklumat mengenai sesetengah pemain yang diperlukan.

Ad

”Sudah tentu, saya memiliki ejen rahsia yang bekerja untuk saya di Malaysia sebelum ini dan saya peroleh maklumat mengenai sesetengah pemain yang sangat membantu,” ujar beliau lagi.

”Tetapi saya mengira apa pun taktik atau pelan permainan yang Malaysia rencanakan, kamu dapat lihat kualiti individu sentiasa menjadi perbezaan ketara antara kedua pasukan.”

Keputusan 2-0 di Stadium Sultan Ibrahim ini menyaksikan Malaysia kini berada di tangga kedua kumpulan F dengan mengumpul 3 mata sementara Nepal di kedudukan ketiga.

Aksi Kelayakan Piala Asia seterusnya akan berlangsung pada 10 Jun dengan Malaysia akan menanti kunjungan Vietnam di laman sendiri manakala Nepal akan berdepan pasukan Laos.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments