Jurulatih Oman Sedar Chinese Taipei Bukan Calang-Calang Pasukan
MakanBola
Azri/MakanBola

Ketua jurulatih Oman, Jaroslav Silhavy sedar dengan kemampuan pasukan lawan iaitu Chinese Taipei menjelang aksi peringkat kumpulan kempen Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 pada esok.

Ketika sidang media pra-perlawanan antara Oman dan Chinese Taipei sebentar tadi, jurulatih asal Czech Republik itu sedar dengan kemampuan pemain lawan. Beliau menganggap Chinese Taipei sebagai sebuah pasukan yang perlu dihormati kerana pasukan itu mampu melakar kejutan di atas padang kelak

“Ya, kami menghormati Chinese Taipei dan kami sedar bahawa pasukan itu mampu menyukarkan kami untuk melakar kemenangan esok hari.”

“Kami akan terus mencatat keputusan positif. Pasukan kami sudah bersedia dari segala aspek dan semoga cuaca pada esok hari dalam keadaan baik,” ujar Joroslav Silhavy.

Beliau dalam pada itu mahu pasukannya meneruskan momentum kemenangan sekaligus merampas kedudukan sebagai pendahulu dalam saingan Kumpulan D. Ketika ini, Kyrgyzstan di kedudukan pertama (9 Mata), Oman di tempat kedua (9 Mata), Malaysia di tempat ketiga (6 Mata) dan Chinese Taipei di kedudukan terakhir tanpa mencatat sebarang mata.

Oman bakal menentang Chinese Taipei di Stadium Municipal, Taipei pada esok, 5 Jun 2024 tepat jam 7 malam sementara dua pasukan yang berada dalam saingan Kumpulan D iaitu Kyrgyzstan dan Malaysia akan beraksi pada jam 11 malam di Stadium Spartak, Kyrgyzstan.