Kekecewaan pasukan kebangsaan Oman yang tewas mengejut kepada Kyrgyzstan dalam aksi kedua Kelayakan Piala Dunia 2026 telah membuka mata ketua jurulatihnya, Branko Ivankovic.
Pengendali kelahiran Croatia itu menzahirkan kerisauan terhadap persembahan yang dipamerkan oleh anak buahnya yang mensia-siakan banyak peluang di hadapan gawang.
Katanya, beliau memandang serius masalah ini namun tidak mahu terlalu tertekan kerana kejohanan masih panjang sambil optimis pasukannya mahu berubah.
“Kita tahu perlawanan ini akan menjadi sukar (berdepan Kyrgyzstan). Kita sudah pun melakukan persiapan tetapi pasukan melepaskan banyak peluang.”
“Kita masih lagi berada pada permulaan kempen. Kita pasti akan membuat persiapan lebih rapi bagi perlawanan akan datang (berdepan Malaysia), ujarnya.
Lawan juga dikesan sudah bertambah baik berbanding pertemuan kali terakhir telah menjadi pemisah bagi aksi tersebut.
Malaysia mencatatkan dua kemenangan setakat ini sambil Oman hanya merekodkan satu kemenangan dan satu kekalahan.
Skuad kebangsaan juga kini telah melonjak 7 tangga dan menjadi pasukan ke-3 dunia dengan pungutan mata tertinggi bagi aksi bulan ini.