Advertisements
Jurulatih PSM Makassar Mungkin Letakkan Penjaga Gol Sebagai Pertahanan
Dunia
MakanBola
The Vibes

Pengendali pasukan PSM Makassar, Bernardo Tavares mengakui harus melakukan perancangan rapi dan mungkin akan mempertaruhkan khidmat penjaga gol bagi mengisi posisi pertahanan tengah.

Jurulatih kelahiran Portugal ini menjelaskan ketiadaan dua orang tunjang utama jelas memberi tamparan terhadap persiapan pauskan menjelang pertemuan dengan KL City esok.

Katanya, hukuman kad merah ke atas dua pemain PSM Makassar memerlukan beliau mencari jalan penyelesaian terbaik dalam usaha merangkul kejuaraan berprestij buat pasukannya.

“Ya kami kehilangan dua orang pemain nsdi saya perlu fikirkan penyelesaiannya.”

Tavares juga sempat memberi jawapan spontan dengan memberi kemungkinan untuk membariskan penjaga gol sebagai pertahanan tengah.

“saya juga mungkin perlu meletakkan penjaga gol sebagai pemain pertahanan,” jelasnya sambil berseloroh.

Jurulatih berusia 42 tahun itu juga mengakui pasukannya tidak berada dalam keadaan baik namun sudah pasti tidak mahu menjadikannya sebagai alasan.

Ketika ini, PSM juga berada dalam persediaan yang baik selepas mengharungi 5 perlawanan Liga 1 Indonesia apabila mencatatkan 4 kemenangan dan 1 seri.

Mereka juga berada pada tangga kedua liga dan sudah pasti bakal menghadirkan cabaran terbaik di pentas Final ini.