Jurulatih Qatar ‘Jejas’ Persiapan Pasukan Di Piala Asia
Asia
Qatar FA
Advertisements

Persiapan Qatar untuk Piala Asia 2023 dijangka terjejas susulan berita jurulatih mereka, Carlos Queiroz telah dipecat.

Akhbar The National melaporkan Queiroz telah diberitahu tentang perkara tersebut oleh pengurusan Persatuan Bola Sepak Qatar (QFA) pada minggu lepas.

Lantaran itu, bekas penolong jurulatih Manchester United itu telah berlepas ke Doha, Qatar pada Isnin lepas dengan keputusan dibuat secara bersemuka membabitkan kedua-dua pihak.

Advertisements

Satu pengumuman rasmi bakal dibuat QFA berkenaan hal ini dalam masa terdekat.

Yang pasti, Qatar memerlukan seorang jurulatih baru dengan segera memandangkan Piala Asia 2023 bakal berlangsung kurang daripada sebulan lagi.

Queiroz yang pernah melatih Real Madrid dibawa masuk menggantikan jurulatih The Maroons sebelumnya, Felix Sanchez dengan matlamat membawa mereka ke Piala Dunia 2026.

Advertisements

Qatar memulakan kempen mereka dengan cemerlang apabila mudah mengatasi Afghanistan dan India dalam dua aksi kelayakan Kumpulan A.

Begitupun, ramai penyokong yang kurang berpuas hati dengan corak taktikal jurulatih Portugal itu yang disifatkan terlalu bertahan.

Selain itu, Queiroz juga didakwa gagal memanfaatkan barisan pemain pelapis yang lahir dari Akademi Aspire bagi membantu skuad kebangsaan Qatar.

Advertisements

Dalam 11 perlawanan yang dikendalikannya, Qatar menang empat kali, seri tiga kali dan kalah empat kali. Salah satu pencapaian terbaik Qatar di bawah kendalian Queiroz ialah mengalahkan Mexico dalam Piala Emas CONCACAF.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram