fbpx

Jurulatih Sarawak United E.Elavarasan Didenda RM 10,000 Dan Berisiko Digantung 12 Bulan

INSTAGRAM / officialsarawakutdfc

Trending Hari Ini

Sorry. No data so far.

Share on:
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

MakanBola.com, Petaling Jaya, 18 Sept – Perlawanan Liga Premier yang menemukan Sarawak United dan Negeri Sembilan FC pada 10 September lalu diakhiri dengan beberapa insiden yang mencetuskan kontroversi. Perlawanan berkesudahan dengan kemenangan 1-0 buat Negeri Sembilan FC.

Namun tindakan pengendali Sarawak United, E.Elavarasan memberikan kenyataan selepas perlawanan akhirnya mengundang padah selepas beliau dikenakan hukuman berat oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Elavarasan didakwa mempertikai keputusan pengadil yang mengadili perlawanan berkenaan selepas memberitahu media bahawa beberapa keputusan pengadil dilihat tidak tepat.

Memetik muat naik dari laman Twitter wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, jurulatih Sarawak United E. Elavarasan dikenakan hukuman penggantungan selama 12 bulan daripada terlibat dengan sebarang aktiviti bola sepak dan didenda sebanyak RM10,000 kerana dikatakan salah membuat kenyataan susulan insiden tegang menentang Negeri Sembilan.

Jawatankuasa Tatatertib FAM bagaimanapun mengguna pakai Artikel 35 Kod Tatatertib FAM di mana hukuman penggantungan itu ditangguh terlebih dahulu tertakluk kepada kelakuan baik pegawai ini selama 12 bulan.

Jika kesalahan yang sama berulang dalam tempoh 12 bulan selepas penangguhan penggantungan, maka hukuman penggantungan 12 bulan tersebut akan dikuatkuasakan serta-merta terhadap beliau.

Perlawanan melibatkan Sarawak United dan Negeri Sembilan diwarnai dengan 2 kad merah dan diakhiri dengan gol kontroversi Negeri Sembilan FC.

© MakanBola Media – All Rights Reserved