Advertisements
Jurulatih Seoul Mengamuk Lihat Sikap Jesse Lingard
Asia
MakanBola
FC Seoul

Kehadiran Jesse Lingard ke FC Seoul menerima pelbagai reaksi terutamanya penyokong bola sepak di Korea Selatan.

Advertisement

Terkini, giliran Jurulatih FC Seoul, Kim Gi-dong meluahkan isi hatinya selepas melihat aksi Lingard yang seperti tidak bersungguh-sungguh.

Lingard yang dibawa masuk sebagai pemain gantian pada aksi Liga K1 menentang Jeju United semalam gagal menyerlah dan membuatkan jurulatihnya kurang berpuas hati.

Advertisement

“Walaupun dia (Lingard) masuk sebagai pemain gantian, dia tidak bekerja keras dan mengelak perebutan (bola). Nama tidak mempunyai makna di atas padang. Saya akan beritahu dia perkara ini dengan tepat.” luah Gi-dong seperti dilaporkan di Centregoals.

Pada aksi menentang Jeju United semalam, FC Seoul yang turun selaku tuan rumah berjaya memenangi perlawanan dengan keputusan 2-0 menerusi jaringan penalti Stanislav Ijutchenko pada minit ke-20 dan satu lagi jaringan dicetak oleh pemain veteran, Ki Sung-yueng.

Advertisement

Lingard dibawa masuk pada minit ke-58 namun tidak dapat memberikan impak yang diharapkan. Bekas pemain kebangsaan England itu turut dilayangkan kad kuning di penghujung perlawanan.

Advertisement