Jurulatih Terengganu Dikenakan Surat Tunjuk Sebab
Liga Super
Terengganu FC
Advertisements

Dengan prestasi terumbang-ambing Terengganu dalam Liga Super ketika ini, kedudukan jurulatih mereka, Tomislav Steinbruckner kini tidak menentu. Walaupun musim liga baru saja bermula, pengurusan skuad Peteh bakal menghantar surat tunjuk sebab kepadanya.

Di sebalik tindakan tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Terengganu, Ab Rasid Jusoh menegaskan kedudukan jurulatih Croatia itu masih selamat. Malah, tindakan mengeluarkan surat tunjuk sebab tersebut kepada Steinbruckner lebih kepada mencari sebab dan solusi kepada kemerosotan Terengganu musim ini.

Ini kerana dalam lima perlawanan, Terengganu hanya meraih satu kemenangan, sekali seri dan tiga kekalahan. Justeru, sebarang kelemahan yang dinyatakan Steinbruckner perlu diatasi segera dengan skuad Peteh kini menghuni tangga kesembilan liga.

Advertisements

“Berkenaan dengan prestasi semasa pasukan dalam saingan Liga Super ketika ini, seperti kita sedia maklum pasukan TFC ketika ini tidak berada dalam prestasi yang memuaskan, selepas lima perlawanan kita tewas tiga kali, sekali seri dan satu kemenangan dengan hanya mengutip empat mata daripada 15 mata penuh.

“Seperti musim-musim lepas juga, pihak pengurusan melalui jawatankuasa teknikal telah menetapkan KPI (petunjuk prestasi utama) buat pengendali pasukan dengan prestasi serta sasaran mata yang sepatutnya mereka peroleh.

“Bagaimanapun kami tegaskan keadaan masih terkawal dan harus diingat kita baharu sahaja menghadapi lima perlawanan dan kita masih ada 21 baki perlawanan liga, masih ada saingan Piala FA, Piala Malaysia dan juga Piala AFC.

Advertisements

“Sejujurnya ia tidak adil juga jika kita ‘menghukum’ pasukan hanya berdasarkan saingan awal liga ini.

“Saya masih percaya mereka memerlukan sedikit masa lagi untuk menemui rentak sebenar dan pihak pengurusan melalui jawatankuasa teknikal juga sedang giat mengkaji serta merangka pelan untuk perbincangan dengan barisan kejurulatihan bagi memastikan kekurangan pasukan ini,” katanya bila dihubungi Arena Metro.

Ab Rasid mengetahui ramai peminat Terengganu tidak berpuas hati dengan prestasi pasukan ketika ini. Tetapi beliau meminta mereka agar bersabar dan terus setia menyokong anak-anak buah Steinbruckner bila saingan liga kembali bersambung pada 31 Mac ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram