Jurulatih terkemuka di Malaysia dikhabarkan bakal menjadi pembantu kepada Peter Cklamovski bersama Harimau Malaya.
Teka-teki mengenai individu yang bakal menggalas peranan sebagai pembantu kepada jurulatih berusia 46 tahun itu masih belum terjawab.
Bekas pengendali FC Tokyo itu secara rasmi telah dilantik untuk membimbing pasukan kebangsaan dengan sasaran untuk mara ke pusingan akhir Piala Asia 2027 di Arab Saudi.
Tugasan pertama Cklamovski adalah untuk memastikan permulaan baik skuad negara berdepan pasukan ke-175 dunia, Nepal pada 25 Mac ini bagi aksi Kelayakan Piala Asia 2027.
Beberapa khabar angin telah mengaitkan perpindahan seorang jurulatih muda dan terkenal Malaysia yang dijangka menjadi pembantu kepada Peter Cklamovski.
Beliau sebelum ini menerusi beberapa hantaran media sosialnya telah memberi bayangan bakal membawa haluan baharu bersama pasukan kebangsaan.
Pengendali ini memiliki rekod baik bersama sebuah skuad muda dalam negara selain membantu pasukan itu mengecapi trofi pada tahun lalu.
Setakat ini, masih tiada pengesahan rasmi berkenaan pelantikan individu ini oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).