Jurulatih Ulsan Hyundai Disebut Hebat Ganti Jurgen Klinsmann
Asia
Ulsan Hyundai
Advertisements

Kedudukan Jurgen Klinsmann sebagai jurulatih Korea Selatan kini dalam bahaya selepas aksi hambar di Piala Asia yang lalu.

Ini selepas ura-ura Persatuan Bola Sepak Korea Selatan (KFA) bakal memecat Klinsmann bagi memastikan persiapan negara itu berjalan lancar pada kempen Kelayakan Piala Dunia pada Mac depan.

Menerusi ciapan daripada Korea Football News, beberapa nama telah dikaitkan bagi mengisi jawatan hangat itu, dengan nama jurulatih Ulsan Hyundai, Hong Myung-bo turut tersenarai.

Advertisements

“KFA merancang untuk melantik jurulatih sementara untuk perlawanan Kelayakan Piala Dunia bulan depan jika Jurgen Klinsmann dipecat. Calon seperti Hong Myung-bo, Choi Yong-soo, dan Kim Ki-dong sedang dipertimbangkan,” tulis Korea Football News di laman X.

Selain Myung-bo, bekas pengurus FC Seoul, Choi Yong-soo dan Kim Gi-dong yang kini sedang melatih FC Seoul turut menarik minat KFA bagi melatih naib juara Piala Asia 2015 itu.

Rekod cemerlang Hong Myung-bo yang membawa Ulsan Hyundai menjuarai Liga Korea (K-League) dua musim berturut-turut menjadi nilai tambah buat beliau untuk mengemudi skuad Korea Selatan.

Advertisements

Jurulatih berusia 55 tahun ini juga menjadi lawan kepada Johor Darul Ta’zim di peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Asia (ACL) yang lalu, dengan kemenangan 3-1 dicatatkan di laman sendiri sebelum tumpas 1-2 di Stadium Sultan Ibrahim pada November.

Untuk rekod, beliau pernah melatih skuad kebangsaan Korea Selatan selama setahun pada 2013 hingga 2014 dengan mencatatkan lima kemenangan, empat seri dan 10 kekalahan dalam 19 perlawanan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram