Jurulatih Ulsan Hyundai Puji Semangat Juang 10 Pemain
MakanBola
Utusan Malaysia
Sponsors

Ketua jurulatih Ulsan Hyundai, Hong Myung Bo memuji semangat pasukannya yang berjaya menundukkan JDT walaupun beraksi dengan 10 pemain.

Ulsan Hyundai terpaksa bermain dengan 10 pemain apabila pertahanan kanan, Kim Tae Hwan dilayangkan kad merah pada minit ke-36 permainan setelah mengutip 2 kad kuning.

Ad
Sponsors

“Saya gembira dapat menang dihadapan penyokong Ulsan Hyundai. Ini perlawanan yang sukar. Saya rasa pemain melawan dengan baik. Bukan mudah untuk bermain dengan 10 pemain.” ujar ketua jurulatih tersebut kepada Sport Chosun.

Ad

Tambahnya, beliau menghormati keputusan pengadil yang melayangkan kad merah kepada pertahanan Ulsan Hyundai.

Semangat tinggi yang dipamerkan pemain Ulsan Hyundai amat menggembirakan ketua jurulatih tersebut.

Ad

“Saya rasa semangat pasukan Ulsan terserlah dalam perlawanan ini. Sukar buat kami bermain 10 pemain pada separuh masa pertama. Namun 3 gol awal membantu kami kerana mungkin sebaliknya akan terjadi jika JDT bangkit.” ujarnya lagi.

Ad

Ulsan Hyundai kini mengumpul 6 mata dan berada dikedudukan kedua kumpulan I setelah meraih 2 kemenangan iaitu ke atas BG Pathum United dan JDT.

Ad