Jurulatih Vietnam Kemudi ASEAN All-Stars Bertemu Manchester United
MakanBola
Vietnam FF
Sponsors

Ketua jurulatih Vietnam, Kim Sang-sik secara rasmi dipilih bagi membimbing skuad ASEAN All-Stars untuk berdepan Manchester United.

Pada Selasa, kelab gergasi England iaitu Manchester United menerusi satu hantaran mengumumkan satu siri Jelajah Pra Musim bakal diadakan di Hong Kong dan juga Malaysia.

Ad

Aksi yang akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil itu menemukan Manchester United dan ASEAN All Stars yang akan membariskan pemain-pemain bintang dari rantau Asia Tenggara.

Ad

Persoalan timbul dalam kalangan peminat mengenai barisan pemain dan juga jurulatih yang akan menyarung jersi ASEAN AL Stars oleh kerana pasukan ini mengumpulkan bintang dari negara serantau.

Menerusi satu kenyataan oleh Persatuan Bola Sepak Vietnam (VFF), ketua jurulatih skuad Naga Emas iaitu Kim Sang-sik dilantik untuk mengemudi pasukan ASEAN All Stars itu nanti.

Ad

”Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) mengumumkan Kim Sang-sik, ketua jurulatih pasukan kebangsaan Vietnam akan membimbing skuad ASEAN All-Stars,” umum VFF dalam satu kenyataan.

Ad

Aksi Manchester United vs ASEAN All Stars akan diadakan pada 28 Mei ini di Stadium Nasional Bukit Jalil dengan tiket akan dijual pada harga RM50 dan bakal dibuka kepada orang ramai bermula jam 11.00 pagi, 15 April ini di platform Ticket Empire.

Ad

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments