Jurulatih Vietnam Tegaskan Iraq Bukan Seperti Malaysia
Asia
VFF
Advertisements

Biarpun tersingkir di suku akhir Piala Asia Bawah 23 Tahun (B-23) di tangan Iraq, jurulatih Vietnam, Hoang Anh Tuan berpuas hati dengan aksi anak buahnya dan menekankan bahawa kualiti Iraq adalah berbeza berbanding pasukan Malaysia.

Anh Tuan merasakan banyak perkara positif ditampilkan para pemainnya walaupun tewas kepada pasukan sehebat Iraq.

“Setiap perlawanan pasukan Vietnam bertambah baik. Anda boleh lihat dengan jelas bahawa Vietnam menunjukkan banyak perkara berbeza dalam perlawanan hari ini menentang Iraq.

Advertisements

“Perlu diingatkan, lawan Vietnam hari ini ialah Iraq, bukan Kuwait atau Malaysia. Iraq adalah pasukan yang kuat, kita semua melihat prestasi Vietnam hari ini. Mereka telah meningkat secara profesional dan juga dari segi taktikal. Saya berasa gembira mengenai perkara itu,” jelas Anh Tuan seperti dilaporkan TheThao247.

Mengulas mengenai jaringan tunggal Iraq yang dihasilkan menerusi sepakan penalti selepas memeriksa Video Bantuan Pengadil (VAR), Anh Tuan reda dengan perkara tersebut demi kebaikan sukan bola sepak.

Advertisements

“Peranan VAR sangat menonjol dalam kejohanan ini. Bukan sahaja Vietnam, dalam perlawanan lain juga berlaku malah pasukan teratas telah dihukum dengan banyak kad merah, kad kuning serta penalti selepas pemeriksaan (VAR) pengadil.

“VAR membantu menjadikan bola sepak lebih ketat, tetapi ada situasi yang saya fikir tidak layak dilayangkan kad merah. Bagaimanapun VAR, pengadil dan peraturan dilaksanakan untuk bola sepak menjadi lebih baik.

Advertisements

“Saya tidak boleh menilai sama ada penalti yang kami terima adalah betul atau salah. Itu tugas pengadil. Perlawanan sudah berakhir, saya tidak mahu mengulangi perkara itu lagi,” luah Anh Tuan lagi.

Pada aksi suku akhir menentang Iraq awal pagi tadi, Vietnam dikecewakan dengan jaringan tunggal penalti Ali Jasim pada minit ke-64 yang sekali gus menamatkan perjalanan Vietnam dalam kejohanan ini.

Advertisements

Di separuh akhir, Iraq dijadualkan bertemu Jepun pada 30 April ini. Tiga pasukan terbaik kejohanan akan mengesahkan kemaraan ke Sukan Olimpik Paris 2024 manakala pasukan keempat terbaik akan beraksi di pusingan play-off.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram