Advertisements
Justin Hubner Ke Jepun, Kini Milik Cerezo Osaka
Transfer
MakanBola
Cerezo Osaka

Kelab Jepun, Cerezo Osaka berjaya menyambar khidmat pertahanan muda Indonesia, Justin Hubner bagi musim 2024.

Perpindahan pemain berusia 20 tahun ini diumumkan menerusi satu hantaran di laman sosial kelab berkenaan.

“Justin Hubner menyertai Cerezo Osaka secara pinjaman daripada Wolverhampton Wanderers FC!,” tulis Cerezo Osaka di kapsyen hantaran tersebut.

Hubner yang sebelum ini beraksi buat skuad bawah 21 tahun Wolverhampton Wanderers di Premier League 2 akan menyertai kelab Jepun ini secara pinjaman.

Beliu pernah tersenarai sebelum ini oleh pengurus Wolverhampton Wanderers, Gary O’Neil ke skuad utama pasukan ketika menentang Arsenal dan hanya beradi di bangku simpanan sepanjang 90 minit perlawanan.

Mengikut data transfermarket, Hubner melakukan 47 penampilan bersama skuad muda Wolverhampton Wanderers itu dan berjaya menjaringkan empat gol dan dua bantuan jaringan.

Pertahanan kelahiran Belanda ini juga merupakan tonggak utama yang membawa skuad Garuda bimbingan Shin Ta-yong layak ke pusingan 16 terbaik di Piala Asia yang lalu.

Cerezo Osaka kini menduduki tangga keenam J League dengan lima mata selepas mencatatkan 1 kemenangan dan dua seri dari tiga perlawanan pertama liga.