K. Devan: Kami Perlu Lagi 10 Tahun Untuk Bersaing Dengan JDT
MakanBola
Unifi Sports
Sponsors

Ketua jurulatih Negeri Sembilan, K. Devan mengakui perlu lebih banyak masa untuk menandingi kekuatan Johor Darul Ta’zim (JDT) susulan kekalahan besar 7-0 di laman sendiri.

Devan menyatakan bahawa ini merupakan pengajaran berguna kepada anak buahnya selepas bertemu dengan pasukan yang lebih baik.

Ad

Malah, beliau yakin bahawa terdapat banyak perkara yang perlu diperbaiki dalam usaha untuk terus mara dan bertemu dengan KL City selepas ini.

Ad

Mengulas lanjut, beliau juga menjelaskan faktor kepenatan telah menjejaskan persembahan pasukannya ditambah pula dengan ketiadaan barisan terbaik pada hari ini.

“Saya lihat pemain saya keletihan kerana perlu beraksi 3 perlawanan dalam 9 hari.”

Ad

“Pemain import saya juga lewat melaporkan diri seperti Casagrande yang datang 3 hari sebelum liga bermula, ia sedikit sebanyak menjejaskan persembahan pasukan,” jelasnya.

Ad

Devan juga memberitahu bahawa beliau mengesan perbezaan jurang kualiti dan skuad sedia ada menyukarkan tugas pasukannya.

Ad

Negeri Sembilan bakal berdepan KL City manakala JDT akan melayan kunjungan Kelantan di Stadium Sultan Ibrahim.