K-League 1: Pendahulu Liga, Ulsan Hyundai ‘Dirantai’ FC Seoul
Asia
MakanBola
Ulsan Hyundai FC
Advertisements

Hasrat pendahulu K-League 1, Ulsan Hyundai melebarkan kelebihan di persada liga tidak kesampaian apabila diikat 2-2 oleh FC Seoul hari ini.

The Tigers dianggap pilihan utama untuk perlawanan ini memandangkan mereka mendahului liga dengan 60 mata, 18 mata di hadapan Seoul.

Advertisements

Begitupun, status tersebut langsung tidak mengganggu Seoul sebagai tuan rumah. Malah, mereka membuka tirai jaringan pada minit ke-10 menerusi Stanislav Iljutcenko.

Tersentak, Ulsan yang dibimbing legenda Korea Selatan, Hong Myung-bo berusaha mencari gol penyamaan. The Tigers terus dirundung malang apabila rayuan mereka untuk mendapatkan penalti tidak dilayan pengadil.

Advertisements

Bersambung pada babak kedua, pasukan pelawat terus menggandakan serangan bagi memburu gol penyamaan. Kesungguhan mereka berhasil apabila Joo Min-kyu menolak bola muntah melepasi penjaga gol tuan rumah, Choi Cheol-won pada minit ke-65.

Beberapa minit kemudian, Min-kyu meletakkan The Tigers di hadapan menerusi satu rembatan kencang yang gagal diselamatkan Cheol-won.

Advertisements

Tatkala Ulsan sudah bersedia meraikan kemenangan, pemain gantian Willyan Barbosa memastikan kedudukan 2-2 menerusi gol lewat pada minit ke-97.

Keputusan ini membolehkan Ulsan memperkukuh kedudukan di persada liga dengan 61 mata. Manakala Seoul pula jatuh ke tangga keenam selepas FC Gwangju meraih kemenangan 2-0 ke atas Suwon Samsung Bluewings dalam satu lagi aksi K-League 1.

Advertisements

Selepas ini, pencabar Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) dalam Kumpulan I Liga Juara-Juara AFC (ACL) itu akan turun menentang Gwangju pada 3 September. Manakala Seoul pula berdepan Suwon pada 2 September.

News Comments Account