K. Rajagobal: Malaysia Mampu Layak Ke Pusingan 16
MakanBola
FABD

Bekas jurulatih skuad bola sepak negara, Datuk K. Rajagobal mengatakan Malaysia berada di landansan yang tepat dan seharusnya layak ke pusingan 16 di saingan Piala Asia 2023.

Dalam temubual bersama Zulhelmi Zainal Azam, beliau yakin terhadap impak positif yang diberikan Harimau Malaya itu mampu berada di kelompok 16 pasukan terbaik.

”Saya yakin pasukan kebangsaan layak ke pusingan 16, dengan kekuataan dan kualiti yang ada di dalam pasukan kita seharusnya berada di kelompok 16 pasukan terbaik,” katanya.

Ad

Seperti yang diketahui, beliau juga mempunyai pengalaman tersendiri dan berpeluang membimbing skuad negara di dalam kempen kelayakaan Piala Asia 2011 dan 2015.

Malaysia bakal memulakan kempen kejohanan Piala Asia 2023 berdepan Jordan 16 Januari ini yang akan berlangsung di Stadium Al-Janoub, Qatar.

Ad
Ad