Ads
Kad Merah Aneh Jejas Aksi Vissel Kobe
Asia
Vissel Kobe

Kekalahan ketujuh Vissel Kobe di tangan Kawasaki Frontale dalam aksi terbaru J1 League pada 7 Ogos lalu diwarnai dengan insiden kad merah aneh.

Advertisements

Kedua-dua pasukan masing-masing turun dengan misi mempertahankan rekod tanpa kalah yang direkodkan sejak bulan Jun lepas.

Advertisements

Hajat juara J1 League musim 2023 itu untuk meraih kemenangan mula tergugat apabila Nanasei Iino dibuang padang pada minit ke-45. Ini selepas pemain pertahanan berusia 27 tahun itu mengutip kad kuning kedua.

Advertisements
Advertisements

Kelebihan 11 pemain pantas dimanfaatkan Frontale untuk mendahului pada separuh masa kedua menerusi Akihiro Ienaga pada minit ke-57.

Dan enam minit kemudian, Ushi ditimpa malang apabila Matheus Thuler pula diperintah keluar padang. Bek tengah Brazil itu bertindak mengeluarkan bola dari padang melepasi kaki penolong pengadil.

Advertisements

Insiden itu membuatkan pengadil, Hiroki Kasahara tidak teragak-agak melayangkan kad merah kepada Thuler. Tindakan Kasahara cuba dibantah pemain-pemain Kobe tetapi beliau tidak melayan bantahan mereka.

Ini membuka ruang buat Frontale menyumbat dua gol tambahan menerusi Shin Yamada. Dua gol itu menjadikan tujuh gol buat penyerang berusia 24 tahun itu dalam liga setakat ini.

Kad merah yang diterima Thuler dan Iino turut menyebabkan mereka mendapat markah buruk oleh Sofascore. Kedua-duanya masing-masing menerima markah 5.6 dan 6.2.

Advertisements

Kekalahan ini menyaksikan Ushi kini di tangga kelima liga dengan 42 mata, lapan mata di belakang pendahulu liga, Machida Zelvia. Sementara Frontale pula di tangga ke-12 liga dengan 31 mata.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram