Kaka & Kacang, Bintang Terengganu Dalam Pembikinan
Dunia
Syafik Ismai/Azfar Fikri
Advertisements

Dua tonggak pasukan Terengganu FC, Syafik Ismail dan Azfar Fikri yang kini beraksi bersama skuad bawah 23 tahun kebangsaan telah menampilkan aksi cemerlang dalam dua perlawanan peringkat kumpulan di temasya Sukan SEA Hanoi.

Syafik yang mesra dengan gelaran ‘Kacang’ sementara Azfar yang terkenal dengan jolokan ‘Kaka’ sedang menikmati prestasi terbaik dalam kempen liga musim ini. Mereka menjadi sandaran utama pasukan apabila masing-masing diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan. Pengendali Terengganu, Nafuzi Zain kini dilihat lebih gemar menurunkan Syafik Ismail dalam saingan liga ketika ini.

Berdasarkan dua aksi pertama skuad B-23 kebangsaan, dua pemain ini telah menjadi pelengkap kepada kemenjadian pasukan Brad Maloney dalam kempen Sukan SEA. Walaupun mereka hanya diturunkan sebagai pemain gantian, namun impak Kacang dan Kaka sepanjang permainan telah banyak memacu corak serta gaya permainan cantik pasukan kebangsaan.   

Advertisements

Dalam perlawanan Malaysia menentang Thailand tempoh hari, peranan yang dimainkan Syafik Ismail menerusi larian serta kelincahannya telah membuka peluang kepada Azfar Fikri untuk meledak. Jaringan Azfar pada masa tambahan itu memastikan Malaysia meraih tiga mata penuh menewaskan Thailand 2-1.

Kemenjadian dua bakat muda ini diteruskan pada aksi semalam ketika Malaysia menewaskan pasukan Laos 3-1. Syafik yang terkenal dengan kepantasan telah memanfaatkan sebaik mungkin peluang bermain dengan mengkucar-kacirkan pertahanan Laos.

Tidak kurang pula dengan aksi bertenaga yang ditampilkan Azfar, beliau turut menjadi watak penting dalam jaringan ketiga pasukan setelah hantarannya disudahkan dengan baik oleh Luqman Hakim. 

Advertisements

Konsistensi dan kesungguhan dua pemain Terengganu ini amat membanggakan. Sebagai pemain gantian, workrate yang ditampilkan mereka wajar sekali diberikan pujian. Dua perlawanan Sukan SEA ini menjadi medan buat mereka menyerlahkan potensi dan bakat sebenar bintang yang sedang meningkat naik ini. 

Malaysia akan meneruskan cabaran Sukan SEA bertemu pasukan Singapura pada 14 Mei dan menentang Kemboja bagi aksi terakhir saingan Kumpulan B pada 16 Mei. Malaysia kini mengungguli carta kedudukan Kumpulan B, mengutip enam mata hasil dari dua perlawanan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram