Kaki Jersi Lancarkan Baju Istimewa Demi Malaysia
Bisnes
Kaki Jersi
Advertisements

Syarikat pengeluar pakaian sukan, Kaki Jersi baru-baru ini telah melancarkan jersi terbaharu demi menyemarakkan perjuangan Malaysia di Piala Asia 2023 Qatar.

Dalam satu video yang dimuatnaik Kaki Jersi di laman X, dua ikon telah dipilih untuk memperkenalkan jersi baharu tersebut iaitu pemain bola sepak wanita negara, Steffi Sarge Kaur dan bekas pemain kebangsaan, Nazirul Naim.

Jersi berwarna hitam kuning itu berjaya menyerlahkan semangat Harimau Malaya dengan terdapat jalur-jalur seakan-akan seperti harimau yang memenuhi ruangan berwarna hitam.

Advertisements

Selain terpapar bendera Malaysia di bahagian kiri dada, Kaki Jersi juga menyediakan variasi saiz yang menyeluruh iaitu dari saiz XS sehingga ke saiz 8XL.

Harga yang ditetapkan adalah berbeza mengikut saiz. Dari saiz XS hingga ke 2XL, harga yang ditetapkan adalah RM89 manakala bagi saiz 4XL sehingga 8XL, harga yang ditetapkan adalah RM99.

Advertisements

Kepada rakyat Malaysia yang ingin membuat pembelian, Kaki Jersi telah menyediakan dua platform pembelian iaitu di laman web rasmi Kaki Jersi atau boleh membelinya di Tiktok Shop.

Skuad Malaysia kini berada di Qatar untuk menjalani persiapan terakhir sebelum menentang Jordan dalam perlawanan pertama pada 16 Januari.

Advertisements

Manakala di perlawanan kedua, Malaysia bakal bertemu Bahrain pada 20 Januari sebelum menutup aksi kumpulan E dengan perlawanan menentang Korea Selatan pada 25 Januari.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram