Kalah Kepada ‘Cristiano Ronaldo’, Karim Benzema Padam Instagram
Asia
Al-Ittihad
Advertisements

Dua gol Cristiano Ronaldo bukan saja membantu Al-Nassr menewaskan musuh tradisi mereka, Al-Ittihad 5-2 pada 27 Disember lalu.

Malah, ini mendorong bekas rakan sepasukan beliau di Real Madrid, Karim Benzema untuk memadamkan akaun Instagram peribadinya.

Akhbar Daily Mail melaporkan tindakan itu dilakukan bekas penyerang Perancis itu beberapa jam selepas kekalahan besar yang dialami Al-Ittihad.

Advertisements

Sehingga artikel ini ditulis, belum ada tanda-tanda akaun tersebut telah dipulihkan. Semasa ia dipadam, akaun Instagram Benzema memiliki 76 juta pengikut.

Selain Ronaldo, bekas penyerang Liverpool, Sadio Mane dan Talisca turut menyumbang gol sekaligus memastikan The Tigers merana di hadapan penyokong mereka sendiri.

Keputusan ini menyaksikan Al-Ittihad bukan saja ketinggalan 22 mata di belakang pendahulu Saudi Pro League, Al-Hilal.

Advertisements

The Tigers juga gagal merekodkan empat kemenangan dalam lima perlawanan dalam semua kejohanan termasuk Piala Kelab Dunia FIFA.

Sejak menyertai Al-Ittihad pada musim panas lepas, impak Benzema dipersoalkan penyokong biarpun menjaringkan sembilan gol dan mencipta lima bantuan gol dalam 15 perlawanan liga.

Tidak seperti Ronaldo yang menunjukkan kesungguhan dan kerja keras bila berada di atas padang, Benzema pula didakwa bersifat acuh tak acuh dan tidak memberi sumbangan kepada pasukan.

Advertisements

Perkara ini dibangkitkan oleh wartawan Arab Saudi, Walid Al-Faraj bila ditemubual oleh Action Avec Walid baru-baru ini.

“Jurang antara Benzema dan orang ramai makin melebar setiap hari. Beliau tidak bermain dan tidak berupaya melakukan perubahan. Dan paling penting, beliau tidak menunjukkan usaha seolah-olah beliau memberitahu semua, ‘Saya cuma bergurau dengan anda.’

‘Bila Ronaldo tiba pada Januari (2023), beliau menunjukkan tanda (keinginan) beliau untuk bermain tetapi Benzema tidak menawarkan apa-apa.

Advertisements

“Ia seperti satu pasukan tidak menyukai beliau, Beliau merasa tidak selesa. Saya tak tahu apa sebabnya,” katanya seperti dilaporkan TalkSport.

Benzema memeterai kontrak tiga tahun bernilai £285 juta (RM1.6 bilion) dengan Al-Ittihad pada tetingkap musim panas lepas.

Ini selepas 14 tahun membantu Real Madrid menggondol pelbagai trofi di peringkat domestik dan antarabangsa.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram