Kalah Kepada JDT, Aidil Sharin Sentuh Isu Rehat & Jadual Padat
MakanBola
Kuching City FC

Pengendali Kuching City FC, Aidil Sharin Sahak mengakui jadual padat dan tempoh rehat yang singkat bakal memberi cabaran kepada pasukan itu.

Selepas tidak beraksi selama lebih sebulan, The Cats berdepan dua aksi dalam tempoh empat hari pada April.

Ad

Mereka berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 16 April lalu. Ini disusuli aksi terakhir liga menentang Negeri Sembilan FC di Paroi pada 20 April.

Ad

“Seperti yang saya katakan sebelum ini, kami tidak bermain lebih sebulan dan kini perlu mengharungi dua perlawanan dalam masa empat hari.

“Ini bukan sesuatu yang mudah, malah satu perkara baharu buat kami,” katanya selepas perlawanan menentang Harimau Selatan.

Ad

Aksi tersebut berkesudahan dengan kemenangan 2-0 buat JDT. Bergson da Silva dan Romel Morales mencetak nama sebagai penjaring JDT.

Ad

Kuching City menghadapi JDT tanpa tiga tonggak iaitu Danial Amier Norhisham, Ramadhan Saifullah dan Jordan Mintah.

Ad

Aidil berharap kehadiran semula tiga tonggak ini dapat membantu mereka menutup musim dengan kemenangan.

“Kehadiran mereka pastinya memberi suntikan semangat buat pasukan dan memberikan saya lebih banyak pilihan untuk merencana strategi terbaik di Paroi nanti,” ujarnya.

Meskipun tewas, Kuching City merekodkan pencapaian terbaik mereka dengan berada dalam kelompok empat pasukan terbaik liga.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments