“Kalau Saya Boleh Beraksi Sampai Umur 45 Tahun, Alhamdulillah” – Argzim Redzovic
Liga Super
Terengganu FC
Advertisements

Tidak ramai pemain yang boleh beraksi sehingga usia 40-an dan jika ada, hanya sedikit seperti Amri Yahyah, Shukor Adan dan Ramesh Lai Ban Huat. Justeru, bagi bek tengah Terengganu, Argzim Redzovic, jika dia dapat beraksi pada usia berkenaan, ia merupakan satu rezeki buat dirinya.

Selepas enam tahun beraksi di Malaysia, Redzovic ketika ini menanti status naturalisasinya diluluskan. Tetapi yang pasti, beraksi seperti orang tempatan memberinya keinginan untuk karier yang lama seperti Shukor yang berstatus legenda bola sepak negara.

“Kalau boleh, saya mahu main macam pemain tempatanlah. Kalau boleh sampai 45 (tahun) macam Shukor Adan, legenda di sini,” katanya semasa ditemubual Zulhelmi Zainal Azam untuk Astro Arena.

Advertisements

Redzovic juga turut terhutang budi kepada jurulatih lamanya, E. Elavarasan. Semasa bersama PDRM pada 2019, bekas jurulatih FELDA United itu membentuknya sebagai pemain pertahanan yang lasak dan berdisiplin.

Tanpa bimbingan Elavarasan, mustahil bagi Redzovic untuk bertahan selama enam tahun di Malaysia dan menikmati apa yang dikecapinya hari ini. Dan jika berpeluang mewakili Harimau Malaya, dia pasti mahu membuatkan jurulatih lamanya itu bangga dengan pencapaiannya.

“Ada sedikit masalah pada 2018, saya banyak kutip kad kuning dan kad merah. Pertama kali, OK. Tetapi dengan bimbingan Coach Ela (E. Elavarasan), saya menunjukkan banyak peningkatan.

Advertisements

“Secara jujurnya, Coach Ela banyak bantu saya untuk berusaha keras, dia banyak membantu saya dalam bola sepak. Kalau Coach Ela tiada pada 2019, mungkin saya takkan berada di sini.

“Dia banyak membantu saya dari segi fizikal. Kalau ada rezeki satu hari saya berpeluang bermain untuk Harimau Malaya, Coach Ela akan berbangga dengan saya,” tambahnya.

Sekiranya status naturalisasinya mendapat lampu hijau, Redzovic bakal bertemu semula dengan Elavarasan jika dipanggil menyertai Harimau Malaya. Ini kerana beliau ketika ini merupakan penolong jurulatih kepada ketua jurulatih skuad senior, Kim Pan-gon.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram