Kamarul Ariffin Buka Mulut Selepas Tinggalkan FAM Secara Mengejut
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Bekas penolong pengurus skuad bola sepak kebangsaan, Datuk Wira Kamarul Ariffin Mohd Shahar menjelaskan hal sebenar mengenai keputusan beliau meninggalkan skuad Harimau Malaya.

Beliau menganggap keputusannya untuk meninggalkan kem kebangsaan tidak akan menjejaskan persiapan pasukan di kempen Kelayakan Piala Dunia yang sedang ditempuh dan percaya pasukan akan bangkit dalam dua aksi terakhir peringkat kumpulan.

”Saya tidak melihat pengunduran saya dalam skuad kebangsaan memberikan impak yang besar kepada skuad kebangsaan. Saya percaya jurulatih masih lagi boleh melakukan kebangkitan untuk perlawanan yang akan datang,” katanya kepada Harimau Malaya.

Advertisements

”Semuanya belum berakhir, dua kekalahan kepada Oman adalah proses biasa bagi sesebuah pasukan.”

Menurut beliau lagi, keputusannya meninggalkan skuad kebangsaan dibuat dengan rela hati bagi memberikan fokus kembali kepada perniagaan beliau yang ditinggalkan beberapa tahun yang lalu.

”Saya mengambil keputusan untuk meninggalkan skuad kebangsaan dengan rela hati cuma saya ingin menumpukan sepenuh masa saya kepada perniagaan yang saya tinggalkan hampir tiga tahun lepas,” cerita beliau yang ditemui di Majlis Iftar 4ward Entertainment Sdn Bhd.

Advertisements

Meskipun sibuk menguruskan perniagaan, segala perkembangan pasukan bola sepak akan tetap menjadi perhatian beliau seperti mana ketika beliau menjawat jawatan penolong pengurus pasukan.

”Saya kini menumpukan sepenuh masa saya kepada urusan perniagaan bersama syarikat saya dan saya masih mengikuti perkembangan skuad bola sepak negara,” ujarnya yang juga pernah bergelar pengurus skuad bawah 19 tahun kebangsaan.

Pada Januari lalu, Datuk Wira Kamarul Ariffin Mohd Shahar telah menghantar surat peletakan jawatan setelah tamat kempen Piala Asia yang lalu sekaligus menjadi tanda tanya dalam kalangan peminat bola sepak tempatan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram