Amirbek Juraboev menjadi watak penting untuk Kedah dalam perlawanan menentang JDT apabila jaringan minit akhir beliau berjaya menidakkan kemenangan JDT di Stadium Darul Aman.
Amirbek yang masuk selaku pemain gantian berasa bangga dan gembira kerana dapat menyumbangkan sesuatu buat Kedah dan membantu Kedah meraih 1 mata berharga.
Pemain tengah bertahan itu juga mengakui kehadiran penyokong Kedah menjadi faktor utama kebangkitan mereka pada minit akhir perlawanan.
“Sudah tentu kerana kami bermain ditempat sendiri. Kami bermain dihadapan ribuan penyokong Kedah dan ini amat penting buat kami. Terima kasih buat penyokong Kedah yang hadir ke stadium dan menyokong kami.” ujar Amirbek dalam temu bual bersama MFL.
“Kami hanya mencuba dan terus mencuba sehingga minit akhir dan kami berjaya mendapatkan 1 mata dalam perlawanan ini.” tambah beliau lagi.
Walaupun Amirbek merupakan pemain tengah bertahan, pemain berusia 27 tahun ini telah berjaya menjaringkan 5 gol dalam 18 penampilan liga bersama Kedah buat masa ini.