Pengurus Tottenham Hotspur, Antonio Conte dengan lantangnya bersuara dengan menyatakan bahawa pasukannya tidak kalah kepada Manchester United namun tidak mampu menandingi kehandalan Cristiano Ronaldo.
Pengendali kelahiran Itali itu mengakui kekecewaan masih berbekas di hatinya apabila ledakan hatrik kapten kebangsaan Portugal itu menyebabkan pasukannya tewas 3-2 kepada United musim lalu.
Walau bagaimanapun, beliau percaya bahawa anak buahnya sudah menunjukkan aksi terbaik di atas padang sungguhpun keputusan tidak memihak kepada mereka.
Malah, Conte tanpa berselindung mengakui bahawa Ronaldo kekal memberi impak kepada pasukan yang diwakilinya.
“Kita sedang bercakap mengenai seorang pemain yang sangat hebat dan sentiasa memberi impak kepada pasukan yang beliau bermain.”
Beliau menambah, tiga jaringan pemain berusia 38 tahun itu masih lagi berbekas di hatinya namun yakin pasukannya akan tampil lebih baik menjelang pertemuan Sabtu ini.
“Kita (Spurs) kalah 3-2 tetapi kita kalah dengan beliau (Ronaldo) bukannya United musim lepas,” jelasnya dalam satu kenyataan.
Conte juga waspada dengan kemampuan Ronaldo untuk mengubah situasi perlawanan pada bila-bila masa sahaja.
United akan bertemu Tottenham di laman sendiri pagi ini dalam usaha merapatkan kedudukan dengan kelompok 4 teratas EPL.