Advertising
“Kami Lakukan Segalanya Demi Lencana Ini” – Murilo Henrique
ACL
MakanBola
Johor Southern Tigers

Pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT) Murilo Henrique, percaya kemenangan pertama ini merupakan yang amat penting buat pasukan. 

JDT lakar kemenangan pertama di pentas ACLE selepas menundukkan jaguh China, Shanghai Shenhua 3-0.

Ad

Disebalik kemenangan itu, Murilo meluahkan bahwa kemenangan ini sangat berbaloi dengan kerja keras yang ditampilkan oleh setiap pemain di atas padang.

Ad

Beliau menyatakan bahwa setiap pemain JDT akan sentiasa memberikan yang terbaik buat pasukan.

“Kami bekerja kerasa sepanjang hari untuk hari ini. Tidak kisah sesiapa pun yang beraksi, kami akan berikan terbaik buat JDT. Kami lakukan segalanya demi lencana ini.

Ad

“Saya gembira dengan kehadiran penyokong yang ramai. Jika lebih ramai lagi kami akan rasa lebih bersemangat,” kata Murilo selepas tamat perlawanan.

Ad

Pemain berusia 28 tahun ini yakin JDT ketika ini berada di prestasi terbaik untuk terus melakar kemenangan dan melayakkan diri ke pusingan seterusnya. 

Ad

“Kami berada dalam landasan terbaik untuk terus mencari mata berhagra demi layak ke pusingan 16 terakhir kelak.

JDT ketika ini naik ke tangga kedua kumpulan EAST dengan empat mata sementara Shanghai Shenhua jatuh di tangga kelima dengan 3 mata.

Selepas ini, skuad kendalian Hector Bidoglio jaguh Korea Selatan, Gwanju bagi perlawanan ketiga peringkat kumpulan pada bulan hadapan, 22 Oktober jam 6 petang waktu Malaysia.