“Kami Pantau Pemain No.42 JDT” – Jurulatih Shanghai Shenhua
MakanBola
Johor Southern Tigers
Sponsors

Jurulatih Shanghai Shenhua, Leonid Slutskiy memberitahu bahawa pasukannya akan memantau rapat pemain nombor 42 JDT, Arif Aiman Hanapi.

Shanghai Shenhua masih segar dengan kemenangan 1-0 tempoh hari manakala skuad Harimau Selatan turut melakar kemenangan 2-1 berdepan Kuching City.

Ad

Pengendali kelahiran Russia itu bagaimanapun sedar perjalanan panjang sedikit sebanyak memberi kesan kepada pasukannya terutamanya dari segi tahap kecergasan.

Ad

Slutskiy turut memberitahu bahawa pasukannya memberikan fokus kepada jentera serangan JDT terutamanya Arif Aiman.

“Sudah pasti saya boleh katakan bahawa pemain nombor 42 (Arif Aiman) dalam perhatian. Beliau berjaya menjaringkan dua gol tempoh hari.

Ad

“Seorang lagi pemain ialah tonggak nombor 30 (Natxo Insa). Walaupun sudah berusia 37 tahun, kualiti dan ketenangannya mengemudi jentera tengah pasukan,” katanya pada sesi sidang media hari ini.

Ad

Bekas pengendali Russia ini memberitahu bahawa kualiti JDT setanding Shanghai Port kerana pasukan gemar untuk mendominasi bola dan perlawanan.

Ad

“Cara JDT beraksi adalah setanding dengan Shanghai Port di China kerana mereka gemar melakukan kawalan bola tetapi kita melihat ada ruang yang boleh dimanfaatkan terutamanya pada bahagian pertahanan,” tambahnya.

Aksi JDT dan Shanghai Shenhua berlangsung pada 1 Oktober 2024 jam 8 malam di Stadium Sultan Ibrahim.