Mora: Kami Tidak Dibenarkan Keluar Beriadah
Asia
Advertisements

Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora menjelaskan keletihan dan emosi pemain yang terganggu menjejaskan persiapan pasukan namun tidak mahu ianya dijadikan alasan untuk mencuri mata berhadapan pendahulu kumpulan, Nagoya Grampus.

JDT yang bakal kehilangan beberapa tonggak utama seperti Matthew Davies, Shane Lowry, Aiman Ariff dan Afiq Fazail perlu melakukan rombakan pemain namun sedikit lega dengan kehadiran Mauricio Dos Santos.

“Pemain keletihan menempuh jadual padat, malah bukan itu sahaja kami perlu berada di hotel penginapan dan tidak dibenarkan keluar untuk beriadah, sebaliknya hanya keluar dari hotel penginapan ke pusat latihan.

Advertisements

“Senario ini menyukarkan untuk minda setiap pemain yang mahukan ketenangan kerana ia nyata mengganggu emosi mereka, namun kami perlu menyesuaikan keadaan dan meneruskan latihan bagi persiapan berdepan kelab dari Jepun itu.

“Walaupun hanya menang satu perlawanan namun corak permainan pada empat aksi lalu memuaskan apabila kami mampu beri saingan dan membuat pasukan lawan berdepan kesukaran sebelum menewaskan kami,” jelas Mora semasa sesi sidang media di Bangkok.

Mora menjelaskan akan berusaha sebaik mungkin untuk memperoleh sebarang mata berhadapan dengan pasukan dari Korea dan Jepun.

Advertisements

“Untuk saingan ACL walaupun kami sudah tiga musim beraksi namun kami masih lagi mencari pengalaman berbanding kelab-kelab dari Jepun dan Korea Selatan yang sudah lama beraksi dalam saingan ini.

“Jadi, kami perlu bersedia dalam setiap perlawanan terutamanya Nagoya Grampus yang akan beraksi dengan agresif”, tambah Mora.

Johor Darul Ta’zim akan bertemu Nagoya Grampus esok (Ahad) jam 10.00 malam waktu Malaysia di Stadium Rajamangala, Bangkok.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram