Advertising
Kanté Gol Lagi Di Urawa Reds
Asia
MakanBola

Kudrat penyerang berbisa Urawa Reds, José Kanté terus membawa pasukan menghampiri kedudukan pendahulu liga pada musim ini.

Pemain berusia 32 tahun itu merupakan aset penting pasukan apabila telah meledak tiga gol dalam tiga penampilan terakhir buat The Red Devils.

Bekas pemain Liga Poland bersama Legia Warszaw itu dibawa masuk oleh ketua jurulatih, Maciec Skorza untuk menajamkan lagi jentera serangan pada bulan Mac lalu.

Ad

Beliau membalas kepercayaan tersebut apabila sudah pun meledak 6 gol dalam 17 penampilan liga.

Ad

Kanté menjadi watak utama apabila menjaringkan gol tunggal Urawa Reds ketika mencatatkan kemenangan 1-0 berdepan Shonan Bellmare.

Bintang kelahiran Guinea ini memastikan Urawa dalam kedudukan terbaik selepas memgumpul 44 mata daripada 25 aksi, 6 mata dipisahkan dengan pendahulu liga, Yokohama F Marinos.

Ad
Ad

Ketumpulan rakan sepasukan terutamanya bintang sensasi Belanda, Bryan Linssen membuka ruang lebih besar buatnya untuk mengetuai jentera serangan pasukan.

Ad

Sebagai rekod, Kante telah menjaringkan 106 gol dalam 327 penampilan sepanjang kariernya di peringkat kelab dan meledak 4 gol bersama pasukan kebangsaan Guinea.

Ketajaman beliau bakal menjadi aset terbesar pasukan yang beraksi di pentas Liga Juara-Juara AFC (ACL) musim ini.