Ads
Dunia

Penyokong PSM Makassar yang sebelum ini berang selepas mendakwa penyokong mereka diserang di Malaysia membuat keputusan untuk menyerang halaman media sosial Kuala Lumpur City.

Advertisements

Walaubagaimanapun, mereka menyerang halaman media sosial yang salah kerana keliru dengan nama Kuala Lumpur City yang kini dipakai oleh dua pasukan berdaftar berbeza di Malaysia.

Advertisements

Umum mengetahui KL City mara ke Separuh Akhir Inter-zonal Piala AFC selepas membenam PSM Makassar 5-2 di Stadium Cheras namun insiden serangan dirakam dari pelbagai sudut sekaligus menimbulkan amarah penyokong Makassar di media sosial.

Advertisements

Advertisements

Antara komen yang berjaya dirakam adalah “Kapan away ke Indo” dan “Malaysia kontol” dan pelbagai lagi namun ianya ditala ke halaman Instagram yang salah.

penyokong makassar salah serang "Kapan Away ke Indo?" Penyokong Makassar Tersalah Serang Page
Salah serang

Pengarah Sukan Kuala Lumpur City FC, Jerry Dinesh ketika dihubungi MakanBola meluahkan kekecewaannya selepas akaun Instagram pasukannya diserang dengan pelbagai tomahan yang datang dari Indonesia.

Advertisements

“Macam-macam komen ada dan ianya menimbulkan ketidak selesaan kepada kami.

“Kekeliruan nama yang tertimbul ini sedikit sebanyak mengganggu operasi serta nilai pasaran kelab kami dalam setahun ini.

Jerry juga memaklumkan pasukannya sudahpun menyerahkan pertikaian ke MyIPO berkenaan penggunaan nama yang sama ini.

Advertisements

“Kami telah mempertikaikan perkara itu secara rasmi dan sedang menunggu perbicaraan di MyIPO dan akan kami failkan ke mahkamah,” jelas Jerry.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram