Kapten Brunei Jangkakan Formasi Aneh Shin Tae-yong
Asia Tenggara
FA Brunei
Advertisements

Brunei dijangka berdepan detik sukar apabila bakal berdepan Indonesia dalam perlawanan pertama bagi pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Asia yang dijadualkan berlangsung malam ini 12 Oktober.

Ketua pasukan Brunei, Hendra Azam berpendapat pasukan Indonesia dijangka menyerang habis-habisan dalam perlawanan yang diadakan di Stadium Utama Gelora Bung Karno itu. Akui sukar untuk menewaskan Indonesia, Brunei dijangka akan menerapkan taktikal bertahan.

Hendra sempat bergurau dengan membayangkan formasi yang akan digunakan Shin Tae-yong adalah 1-1-8 yang mana menyaksikan seorang pertahanan, seorang pemain tengah dan lapan penyerang bakal digunakan.

Advertisements

“Berkemungkinan Indonesia akan menyerang dan bakal menerapkan formasi 1-1-8. Jadi kami harus melebihkan pemain di bahagian belakang,” ujar Hendra.

Untuk rekod, kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu adalah pada kejohanan Piala AFF 2022 di Kuala Lumpur. Perlawanan tersebut berakhir dengan kemenangan besar buat Indonesia yang membenam Brunei 7-0.

Hendra yakin keputusan lama itu tidak boleh diambil kira kerana pada ketika itu, Brunei terpaksa beraksi dengan 10 pemain dengan pasukan Indonesia menyerang tanpa henti.

Advertisements

“Memang sukar tewaskan Indonesia (Piala AFF 2022) kerana Indonesia tampil menyerang ketika kami beraksi dengan 10 pemain. Sudah tentu sukar untuk mengimbangi kekuatan Indonesia.

“Sekarang situasinya berbeza. Kami akan menentang Indonesia dengan 11 lawan 11. Jadi saya optimis untuk kami mengimbangi kekuatan Indonesia,” jelas Henda kepada Bolasport.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram