Ads
Kapten Chinese Taipei Beri Amaran Awal Sebelum Bertemu Malaysia
Asia
FA Malaysia

Kapten pasukan Chinese Taipei, Po-Liang Chen memberi amaran awal menjelang pertemuan dengan Malaysia dalam aksi Kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 yang dijadualkan esok 11 Jun.

Advertisements

Pemain berusia 35 tahun itu menegaskan beliau dan rakan-rakan sepasukannya hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil hanya dengan satu tujuan iaitu dengan nota kemenangan.

Advertisements

“Kami datang ke sini untuk menang. Saya dan rakan sepasukan sudah bersedia sepenuhnya. Pasukan ini (Chinese Taipei) bukanlah pasukan yang mudah untuk Malaysia tewaskan,” luah Po-Liang Chen dalam sidang media pra perlawanan sebentar tadi.

Advertisements
Advertisements

Dalam masa yang sama, Po-Liang turut berharap agar pemain muda yang dibawa ke Malaysia dapat memanfaatkan peluang dan menikmati sehabis baik aksi esok.

“Ini adalah perlawanan terakhir. Pasukan sudah bersedia untuk perlawanan ini. Kami juga membawa ramai pemain muda. Saya percaya bahawa mereka akan memanfaatkan peluang ini dengan menikmati aksi di stadium yang penuh dengan penyokong,” katanya lagi kepada media.

Advertisements

Chinese Taipei ketika ini menghuni tangga tercorot Kumpulan D tanpa memungut sebarang mata selepas 5 perlawanan. Lebih memeritkan, mereka hanya menjaringkan satu gol sahaja setakat ini serta turut dibolosi 14 gol.

Advertisements

Biarpun sudah terkeluar daripada saingan, sudah pasti sasaran kemenangan yang disuarakan oleh Po-Liang Chen menandakan Chinese Taipei akan berjuang habis-habisan menentang Malaysia esok.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram