Kapten Kelantan Pula Angkat Kaki Tinggalkan Pasukan
MakanBola
TRW Kelantan FC
Sponsors

Kapten Kelantan FC, Mario Arques menjadi individu seterusnya yang meninggalkan pasukan atas persetujuan bersama.

Menerusi satu kenyataan oleh TRW Kelantan FC, pemain berusia 28 tahun itu sah bakal menyusul langkah rakan sepasukan untuk keluar meninggalkan pasukan.

Ad

The Red Warriors kini menghadapi krisis dalam pasukan sehingga menyaksikan ramai bintang utama pasukan ‘angkat kaki’.

Ad

Kelantan sempat merakamkan ucapan penghargaan buat pemain ini yang sudah pun menabur bakti buat pasukan ketika beraksi di Liga Premier.

“Pihak kelab ingin merakamkan ucapan terima kasih atas sumbangan dan bakti yang telah diberikan oleh Mario Aques . Selamat Maju Jaya Mario Aques.”

Ad

Aques mengikut langkah beberapa pemain import lain seperti Ismaheel Akinade yang menyertai Kelantan United dan Miguel Cifuentes yang sah bersama Sabah bagi jendela perpindahan kedua nanti.

Ad

Keputusan ini jelas memberi tamparan hebat buat pengendali baharu Kelantan untuk tampil melakar magis bersama skuad muda ketika ini.

Ad
View this post on Instagram

A post shared by TRW KELANTAN FC (@trwkelantanfc)

Kelantan ini terpelosok di tangga tercorot Liga Super apabila hanya mampu melakar satu kemenangan daripada 14 aksi setakat ini.