Kapten Turkmenistan Terpesona Dengan Kualiti Liga Indonesia
MakanBola
Johor Southern Tigers
Sponsors

Kapten pasukan kebangsaan Turkmenistan, Ahmet Atayev memberi bayangan akan menyertai Liga 1 Indonesia dan kagum dengan perkembangannya.

Pemain berusia 32 tahun itu masuk selaku pemain gantian ketika pasukannya tewas 0-2 berdepan Indonesia tempoh hari.

Ad

Beliau yang juga merupakan pemain berpengalaman dalam pasukan merupakan pemain yang tidak asing dalam kancah bola sepak Indonesia.

Ad

Atayev pernah bersama beberapa pasukan di sana termasuklah Arema FC dan kelab Liga Super, Sabah FC.

Pemain tengah berbakat ini juga tidak menolak kemungkinan untuk kembali ke menyertai kelab Liga 1 Indonesia pada masa hadapan.

Ad

“InsyaAllah, kita lihat sahaja,” jelasnya ketika ditemu bual selepas perlawanan.

Ad

Atayev kini beraksi buat kelab Turkmenistan, FK Altyn Asyr yang juga beraksi di Piala AFC 2023.

Ad

Bekas pemain The Rhinos ini menyertai pasukan pada musim 18/19 dan berjaya membawa pasukan untuk kembali ke Liga Super.