Kapten Urawa Reds Bakal Ke Thailand
Transfer
Urawa Red Diamonds
Advertisements

Saingan Thai League 1 musim 2023-2024 bakal bertambah meriah dengan kehadiran bekas kapten Urawa Reds, Ken Iwao.

Akaun X @MarcoMolla melaporkan Iwao bakal menyertai kelab Muangthong United secara pinjaman sehingga akhir musim ini.

Sekiranya perpindahan pinjaman ini direalisasikan, ini dilihat usaha awal jurulatih baru Urawa, Per-Mathias Hogmo membentuk pasukan sebelum musim baru J1 League bermula pada 23 Februari ini.

Advertisements

Kehadiran Iwao bakal menambah kualiti The Kirins bukan saja di bahagian tengah. Malah, ini akan menambah bilangan pemain yang memiliki kualiti kepimpinan di atas padang.

Sejak menyertai Urawa Reds pada 2022, Iwao telah merekodkan 96 penampilan dalam semua kejohanan termasuk Piala Kelab Dunia FIFA 2023. Tempoh itu menyaksikan beliau menjaringkan dua gol dan 10 bantuan gol.

Advertisements

Iwao juga turut merasa nikmat trofi dengan menjulang Japanese Super Cup (musim 2022) dan Liga Juara-Juara AFC (musim 2022).

Pemain tengah berusia 35 tahun itu bakal menjadi pemain import keempat Muangthong United.

Advertisements

Sebelum ini, The Kirins menggunakan khidmat Willian Popp, Jean-Claude Billong dan Stefan Scepovic sebagai tenaga import mereka untuk musim ini.

Kelab-kelab Thai League 1 masih ada masa untuk berbelanja mendapatkan pemain. Ini kerana tetingkap perpindahan kedua liga dibuka dari 27 Disember 2023 hingga 26 Januari 2024.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram