Karier Bintang Vietnam Ini Bakal Terkorban Di Korea
Asia
AFF
Advertisements

Pemain kebangsaan Vietnam, Nguyen Van Toan semakin hampir untuk meninggalkan pasukannya, Seoul E-Land FC yang kini beraksi di Liga K2 yang mana merupakan liga kasta kedua tertinggi di Korea Selatan.

Berita itu telah dikongsikan oleh media Korea, Korea Football News dalam satu ciapan di laman Twitter mereka. Pemain berusia 27 tahun itu dikatakan gagal mencapai standard yang dimahukan pihak pengurusan kelab.

Nama Van Toan terus tersisih dalam senarai pemain dan kali terakhir beliau diturunkan adalah pada 4 Jun yang lalu dalam aksi Liga K2 menentang Busan I-Park. Van Toan yang diletakkan dalam kesebelasan utama hanya beraksi 45 minit sahaja dalam perlawanan itu.

Advertisements

Pemain yang mempunyai 47 penampilan bersama skuad kebangsaan Vietnam itu telah diikat kontrak selama setahun pada Januari lalu dan kontrak beliau akan tamat pada Disember ini. Namun dengan persembahan yang kurang meyakinkan, khidmat Van Toan dijangka akan dilepaskan lebih awal.

Menurut salah seorang penyokong pasukan Seoul E-Land di laman twitter, beliau berpendapat tahap permainan Van Toan adalah sangat teruk dan tidak sesuai dengan liga yang lebih tinggi daripada Liga Vietnam.

Terdahulu, Van Toan dibawa masuk ke Seoul E-Land pada awal musim ini bagi mengisi kuota Asia Tenggara yang telah diperkenalkan sejak tahu 2020 lagi. Namun kebanyakan kelab mengambil pendekatan untuk tidak menggunakan kuota tersebut.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram