Karier David De Gea Bakal Diselamatkan
Transfer
Manchester United
Advertisements

Bekas penjaga gol Manchester United yang kini masih berstatus ejen bebas, David De Gea difahamkan sedang dipantau Barcelona untuk dibawa masuk bagi memperkuatkan pasukan Catalan itu.

Pada usia 33 tahun, De Gea telah meraih minat dari pelbagai kelab terutamanya dari England dan Arab Saudi. Namun begitu, beberapa laporan dari media tempatan mengesahkan bahawa De Gea mahu kekal di Sepanyol.

“Barcelona telah memantau dengan teliti situasi bekas pemain Manchester United itu. Kelab Catalan yang mengalami kekangan dari segi kewangan sedang mempertimbangkan langkah strategik untuk De Gea dengan perpindahan secara percuma.

Advertisements

“Langkah tersebut dikatakan sebagai penyelesaian untuk kos yang efektif bagi mengukuhkan pilihan penjaga gol mereka,” lapor media Sepanyol, Deportivo Mundo.

Jika perpindahan itu menjadi kenyataan, De Gea bakal bersaing dengan penjaga gol dari Jerman, Marc-Andre ter Stegen bagi merebut tempat sebagai penjaga gol utama Barcelona.

Untuk rekod, De Gea telah tampil dalam 545 perlawanan buat Manchester United sejak hadir ke Old Trafford pada 2011 lagi.

Advertisements

Namun begitu, kontrak De Gea tidak disambung pada musim 2022/2023 dan dilepaskan secara percuma pada 1 Julai 2023.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram