Advertisement
Karier Fadhli Shas Kembali Bernyawa
Liga Super
MakanBola
Sri Pahang FC / The Star

Agak jarang kita mendengar nama pemain pertahanan Sri Pahang FC, Fadhli Shas disebut sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Namun, karier pemain berusia 32 tahun itu kembali mekar selepas menyertai Sri Pahang awal musim lalu.

Fadhli membuat keputusan meninggalkan pasukan lamanya, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan menyertai pasukan Sri Pahang dengan kontrak selama dua tahun.

Keputusan itu nyata memberikan satu talian hayat kepada Fadhli Shas dalam membina semula karier bola sepak beliau yang kian pudar. Di bawah kendalian Fandi Ahmad, Fadhli dilihat semakin diberi kepercayaan untuk mengemudi benteng pertahanan skuad ‘Tok Gajah’.

Untuk musim ini, Fadhli telah diturunkan dalam 14 perlawanan Liga Super dan berjaya menjaringkan dua gol. Selain dua gol yang dihasilkan, Fadhli juga kerap kali diberikan peranan sebagai kapten pasukan.

Dengan aksi berkualiti yang dipamerkan Fadhli Shas, sudah tentu pemilik 51 kaps bersama skuad kebangsaan Malaysia itu berada di dalam radar pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon untuk kembali menyarung jersi keramat Malaysia.

Nama Fadhli pasti akan dikenang sebagai salah satu pemain pertahanan tengah yang pernah menjulang Piala AFF edisi 2010 buat negara. Gandingan beliau bersama Muslim Ahmad sentiasa menjadi benteng ampuh buat skuad negara pada ketika itu.