Kata-Kata Jurulatih Chinese Taipei Makan Diri Sendiri
Harimau Malaya
FA Chinese Taipei
Advertisements

Keberanian ketua jurulatih pasukan kebangsaan Chinese Taipei, Gary White sebelum perlawanan akhirnya makan diri sendiri selepas pasukannya tewas kepada Malaysia.

Jurulatih kelahiran England itu melaungkan keyakinan tinggi bahawa Harimau Malaya bakal melalui pengalaman sukar apabila beraksi di gelanggang keramat Chinese Taipei.

Pasukan ke-152 dunia itu yakin aura penyokong kuat mereka di laman sendiri mampu menghukum Malaysia yang juga tidak mencatatkan kemenangan di sana.

Advertisements

Pengendali berusia 49 tahun itu juga menyatakan kesediaan pasukannya untuk melakar kemenangan pertama kumpulan ke atas Malaysia.

“Para pemain kami amat teruja untuk beraksi di hadapan penonton yang bakal membanjiri stadium. Anda tahu apa akan jadi jika stadium penuh.”

“Malaysia pernah datang dahulu di sini dan tewas 2-0, jadi kami tiada apa yang perlu ditakutkan,” jelasnya menerusi laman CTFA.

Advertisements

Kata-katanya akhirnya menghukum kembali pasukan apabila tewas menerusi jaringan Darren Lok pada babak kedua.

Kemenangan ini juga telah menyaksikan Chinese Taipei tidak mencatakan sebarang kemenangan selepas tewas kepada Oman pada aksi pertama.

Malaysia turut meraih mata tertinggi bagi negara Asia dalam ranking FIFA iaitu tambahan +26.1 mata dan melonjak ke tangga 130 dunia dengan 1122.9 mata.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram