Kata-Kata Nafuzi Zain Jadi Kenyataan
Liga Super
Advertisements

Impian Ketua jurulatih Kedah Darul Aman FC, Nafuzi Zain untuk melihat pasukannya memungut mata berdepan juara bertahan Liga Super, JDT menjadi kenyataan.

Sungguhpun Harimau Selatan mencatatkan kemenangan 6-0 di laman sendiri sebelum ini, ia tetap tidak mematahkan semangat pengendali muda itu untuk terus menekan JDT.

Beliau kekal optimis untuk membawa Sang Kenari memungut sekurang-kurangnya satu kata di laman sendiri.

Advertisements

Hasrat tersebut akhirnya menjadi kenyataan sekaligus menyaksikan Kedah berpeluang untuk mengejar kedudukan Selangor di tangga kedua liga.

“Bagi saya, kalau dengan JDT ini, satu mata ialah satu keputusan yang baik. Kita tidak kehilangan mata, kita still (masih) dapat mata. Apapun, kita akan mencuba mendapatkan tiga mata. Tak dapat, satu mata pun dah OK dah,”katanya dalam sidang media pra-perlawanan hari ini.

Advertisements

Bekas pengendali Terengganu ini akhirnya mengotakan janjinya apabila berjaya membantu pasukannya mengikat JDT dengan keputusan 3-3.

Kedah juga menjadi pasukan pertama untuk mengikat anak buah Tano Solari musim ini dan menjaringkan tiga gol menewaskan Syihan Hazmi.

Advertisements

Kedudukan bagaimanapun tidak berubah apabila menyaksikan JDT kekal di tangga teratas dengan 61 mata manakala Kedah di tangga ke-3 dengan 44 mata.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram